Vizione adalah sebuah konter daripada sektor Construction yang agak menarik untuk diperhatikan apabila pelabur-pelabur mula beralih arah kedalam sector ini.. Antara strategi pasaran saham yang saya gunakan adalah memasuki pasaran tatkala para pelabur belum lagi mula untuk memasuki konter tersebut, dengan erti kata kita memasuki pasaran terlebih dahulu berdasarkan "Chart" kajian kita sebelum datangnya katalis-katalis (news) lain sebagai nilai tambah untuk melonjakkan harga saham pada sesuatu konter. . . . FA analisis menunjukkan konter Vizione menarik kerana "Number Of share" konter ini berada pada paras 658.52m (kebiasaaan konter yang mempunyai momentum kuat 200 - 800 Number Of Share) . . TA analisis juga menyokong konter ini untuk terus bergerak naik. Konter ini telah berjaya melakukan Pullback, rebound pada aras lantai 0.410 dan cuba untuk memecahkan Garisan MA20 pada hari ketiga dagangan pada minggu ini. Berkemungkinan cubaan kedua akan berlaku untuk memecahkan Garisan MA20 berlaku sekali lagi dan meneruskan breakout pada hari berikutnya untuk mencapai halangan pertama iaitu 0.480 seterusnya bergerak ke halangan kedua 0.540 dan ketiga 0.645 (Swing - midterm). . . Stock RSI yang masih berada pada aras Oversold, kadar belian di bawah 40% menjadikan konter ini menarik untuk meneruskan kenaikan. . . Aras Lantai 0.410 adalah aras sokongan bagi konter dengan harga entry yang terbaik antara 0.425/0.430 dengan kadar Risk Reward Ratio: 1:3 . . Mari kita sama-sama saksikan pergerakan konter ini..
penafian: kajian yang dilakukan hanya sebagai pembelajaran semata-mata, tiada kaitan dengan BUYCALL!!! Sila sediakan pelan dagangan masing-masing sebelum memasuki pasaran.
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.