TENAGA: Pecah 12.910 akan cetus 'sell-off'

Tenaga Nasional Berhad dijangka akan membuat gap up 7 Feb sebelum tutup pada paras lebih rendah dari lilin sebelumnya. Sekiranya ini berlaku, maka Tenaga berpotensi untuk memecahkan 12.91 pada bila-bila masa dalam bulan ini. Tetapi sekiranya Tenaga mampu menjaga 12.91 dengan selamat, maka KLCI tidak akan mampu memecah MA 20 mengikut idea saya seperti yang dilampirkan.

Jika merujuk kepada MACD, kita boleh lihat berlakunya rejection pada hari Isnin. Tenaga pula berjaya menyentuh dua kali lower BB yang menandakan bearish yang sangat kuat. Tetapi kita boleh menganggapkan bahawa ketika itu pelabur ingin menyelamatkan portfolio dengan mengurangkan 'exposure' daripada ekuiti selama dua hari Bursa tidak berdagang. Apa-apa pun, dua hari ini sangat penting untuk kita menilai hala tuju Tenaga dan seterusnya KLCI.
Technical Indicators

גם על:

פרסומים קשורים

כתב ויתור