Harga QL sedang berada di dalam kawasan konsolidasi yang terkawal - nampak seakan bentuk segiempat.
Kali ni, kita guna carta dalam bentuk bar. Tidak ada bezanya bar dengan candlestick biasa. Hanya untuk mengurangkan emosi bila terlalu terpengaruh dengan bentuk candle yang muncul.
Jadi, bila tukar ke bar, mata kita akan lebih fokus mencari pattern2 yang biasa muncul dan hanya bertindak sekiranya harga berjaya break pattern.
Jika harga break dan tutup atas garis halangan dan tidak turun semula selepas break, potensi target terhampir adalah 1-1 berdasarkan ketinggian segiempat.
Atau, boleh juga gunakan garis trend merah sebagai trailing stop. Exit hanya bila harga tembus ke bawah garis trend.
Senario lain, jika harga tidak break dan turun semula, boleh bersedia juga untuk cari peluang entri samada di aras sokongan segiempat atau lantunan berhampiran garis trend.
Bersedia untuk keluar serta marta jika harga berjaya breakout tetapi tidak kekal lama.
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.