BKAWAN: Kelemahan?

Batu Kawan Bhd dilihat bergerak dalam trend menaik mematuhi garisan sokongan menaik sejak beberapa tahun dagangan yang lalu

Terkini harga dilihat seakan menunjukkan petanda kelemahan dengan membentuk corak carta 'puncak berganda' pada selang masa harian
Petunjuk RSI harian juga dilihat membentuk 'exaggerated bearish divergence' menunjukkan penurunan momentum sekiranya benar corak carta ini telah terbentuk
Walaubagaimanapun, harga dikatakan masih cenderung bergerak menaik selagimana ia tidak memecahkan paras sokongan corak carta dan garisan trend menaik
Garisan MA20 dilihat sebagai sokongan dinamik terdekat yang harus dipatuhi harga sekiranya ia ingin membatalkan pembentukan corak carta berkenaan

Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

כתב ויתור