Pembinaan : Paras sokongan genting (E02)

1. Sektor pembinaan telah melakukan lantunan ke-2 di atas paras sokongan bulanan dan kini telah mengalami kejatuhan sebanyak -60% dari puncak.

2. Stochrsi juga menunjukkan sektor pembinaan mula menghampiri fasa terlebih jualan.

3. Tekanan jualan yg tinggi pada bulan lepas gagal utk menekan sektor pembinaan utk turun lebih rendah.

4. Dijangkakan pasaran akan melakukan consolidation di atas paras sokongan semasa. Sekiranya paras sokongan semasa dapat dikekalkan, paras rintangan 227 mata akan diuji dan ia akan menjadi penentu kepada masa depan sektor pembinaan.

5. Perhatian boleh diberikan kepada kaunter kaunter sektor pembinaan sekiranya paras rintangan ini berjaya dipecahkan.

Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.


Technical IndicatorsTrend Analysis

גם על:

כתב ויתור