Sektor:
- Technology, IT Solutions/ IT Product, Digital Services, Integrated Immigration System, Semiconductors.

Idea analisis:
- Sudut Fundamental DNEX telah dikupas di dalam idea sebelum ini.
- Dari sudut Teknikal, DNEX sekarang dilihat berada di atas fibo 0.382 dengan stochastic RSI menunjukkan saham berada dalam keadaan oversold.
- Boleh diperhatikan jika stochastic RSI mula cross di paras oversold, harga berkemungkinan akan rebound di atas support baru yang terkuat atau di atas MA 50.
- Jika harga mampu rebound di atas fibo 0.382 dan MA 50, harga berpotensi menuju ke RM 1.030.
- Jika harga tidak mampu bertahan di atas fibo 0.382 dan MA 50, berkemungkinan uptrend DNEX berakhir dan ingin membuat reversal. Support seterusnya adalah di RM 0.615.

Nota kaki:
* Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Reversal = Harga bertukar arah atau membuat pembalikan. Dalam idea analisis ini, harga bertukar arah daripada uptrend kepada downtrend atau sideways.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
dnexFibonacciFibonacci RetracementnewstrongsupportOscillatorsoversoldreboundreversalsemiconductorsSupport and Resistance

גם על:

פרסומים קשורים

כתב ויתור