Berita gembira buat para pedangang di Bursa Malaysia. Dengan pembukaan ekonomi yang kian rancak pada beberapa negeri, FBMKLCI tampak lebih kuat untuk terus menujah. Kadar vaksinansi yang tinggi dan kestabilan politik antara faktor buat FBMKLCI untuk menukar trend dari bearish kepada bullish. Berdasarkan carta, FBMKLCI telah memecahkan rintangan dinamik EMA50 semalam dengan dengan satu candle yang agak kuat. Kemudian hari ini pula, FBMKLCI berjaya memecahkan rintangan dinamik EMA200. Namun, ke manakah hala tuju indeks Bursa selepas ini? Mengikut carta, kemungkinan Bursa akan mencuba garisan menurun 6 bulan dan melantun semula pada EMA200 sebelum meneruskan perjalanan.

Disclaimer - Carta yang dikongsikan ini untuk tujuan pendidikan berdasarkan kajian, teori, analisis dan pembelajaran. Trading plan yang lebih rapi boleh disediakan bagi sesiapa yang berminat dengan kaunter ini. Selalu ingat, Rational beats Emotional. Trade at your own risk :)

*Jika anda bersetuju dengan kajian yang dilakukan, sila Like, Share, dan Follow page ini bagi tujuan pembelajaran
Trend Analysis

גם על:

כתב ויתור