FOCUSP terus membuat kenaikan dan menghampiri kepadaharga sasaran 1.530 seiring dengan kenaikan pada suku tahun Q4 Dec 22 yang dikeluarkan pada 21 Feb 2023. Harga terus bertahan diatas titik B (0.980) setelah membuat pembetulan harga pada titik C (0.382% garis fibo).
FOCUSP mempunyai Modal Pasaran sebanyak : 475.20m dan terbitan unit saham sebanyak : 330.00m. Pendapatan sesaham (EPS) sen yang dikira berdasarkan keuntungan bersih dua belas bulan dan bilangan saham terkini yang dikeluarkan mencatatkan : 10.87 *, manakala nisbah harga-pendapatan (P/E) mencatatkan nisbah : 13.25 yang Secara amnya nisbah (P/E) yang tinggi bermakna pelabur menjangkakan pertumbuhan yang lebih tinggi pada masa akan datang. Bagi pulangan-ekuiti (ROE) % FOCUSP mencatatkan sebanyak : 35.29%.
FOCUSP mencatatkan kenaikan hasil pada suku tahunan Q4 Dec 22 sebanyak RM68,448,000 berbanding Q3 Sep 22 RM60,989,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM7459,000. Keuntungan bersih yang dicapai bagi Q4 Dec 22 RM10452,000 membuat kenaikan jika dibandingkan dengan Q3 Sep 22 RM9102,000 mencatat perbezaan sebanyak RM1350,000.
Pemegang saham utama bagi FOCUSP yang direkodkan pada 01 Apr 22 terdiri daripada LIAW CHOON LIANG 40.59% sebanyak 133,948,501 unit saham yang bernialai 192.89M , diikuti PERBADANAN NASIONAL BERHAD 15% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 49,500,000 unit saham dengan nilai sebanyak 71.28M dan GOH POI EONG merupakan pemegang saham ketiga terbesar, memegang sebanyak 13.46% , 44,429,397 unit saham dengan nilai sebanyak 63.98M
corak carta : ABCD
Nota : menerbit kan idea ini adalah semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.