GAMUDA: Lengkung Parabolik

Saham Syarikat Gamuda Bhd dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Terkini, jika diperhatikan pergerakan harga dilihat membentuk lengkung parabolik menunjukkan kelemahan pergerakan
Petunjuk RSI juga dilihat membentuk pergerakan yang sama tatkala harga bergerak menunjukkan kekurangan momentum
Harga dilihat masih lagi mematuhi MA20 (tidak ditunjukkan) sebagai sokongan dinamik terdekat menyokong pergerakan harga
Trend secara jangka masa panjang dikatakan masih lagi cenderung menaik selagimana ia belum memecahkan sokongan terdekat

Mampukah harga bertahan dan membuat kenaikan daripada kawasan sokongan? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

כתב ויתור