GREATEC dilihat bergerak dalam trend mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Carta harian terkini memperlihatkan harga membuat kenaikan teknikal setelah petunjuk RSI harian mencapai paras 'oversold' Pergerakan harga dilihat disokong kuat oleh EMA20 mingguan yang bertindak sebagai sokongan dinamik terdekat Namun jika dilihat pada carta bulanan, terdapat divergence pada petunjuk RSI menunjukkan terdapat kemungkinan harga akan melakukan pembetulan Analisa volum memperlihatkan volum berada hanya di paras purata tatkala harga berterusan melakukan kenaikan Andainya gagal bertahan di atas EMA20 mingguan, EMA50 dijangka akan menjadi sokongan kritikal dalam menentukan pergerakan harga
Penafian *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih.
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.