Kpower hari ini menurun pada paras harga terendah sejak sebulan yang lalu pada RM2.15. Sebulan yang lalu, Kpower mencecah ATH pada harga 2.90. Adakah ia akan terus memberikan tekanan kepada pemegang saham Kpower esok?

Fundamental Analisis

1. Kejayaan Kpower mendapatkan beberapa projek besar dalam sektor Renewable Energy, menarik minat pelabur untuk mendapatkan saham Kpower. Ini terbukti dengan peningkatan QR yang cantik sejak Q3 19.
2. Perubahan mendadak ini setelah kemasukan Datuk Mohd Abdul Karim yang mengubah landskap bisnes Kpower membawa bersama reputasi sebagai pengasas Serba Dinamik yang berprestasi cemerlang.
3. Sebagai rekod peningkatan QR Kpower terus meningkat seperti di bawah,
Q2 20 mencatatkan keuntungan +1.9juta, 13.6% dariada 13.6juta perolehan.
Q3 20 mencatatkan keuntungan +2.7juta, 8.4% daripada 31.7juta perolehan.
Q4 20 mencatatkan keuntungan +7.3 juta, 18.6% daripada 39.4juta perolehan
Q1 21 mencatatkan keuntungan +8.1juta, 14.3% daripada 57.1juta perolehan.
4. Peningkatan ini adalah konsisten dari suku ke suku QR, dan dilihat bahawa Datuk Karim adalah De facto kepada prestasi baik ini sebagaimana yang berlaku ke atas Serbadinamik dan juga SCIB.
5. Dengan prestasi kewangan yang baik, ini akan menjadi Catalyst, untuk mengapa pelabur tidak bimbang untuk terus mengekalkan pegangan saham Kpower.

Teknikal Analisis

1. Sejak mencecah harga tertinggi pada 18hb Januari yang lalu di 2.9, Kpower dilihat mengalami penurunan. Pada hari ini, ia mennurun pada aras terendah pada 2.15, iaitu bersamaan harga minima pada indikator Fibinachi Retracement 0.618 pada harga 2.05. Adakah ia akan membuat lonjakan setelah mencapai lantai Fibonachi retracemenet 0.618?
2. Penurunan ini juga dilihat menghampiri MA50. Adakah ia akan berjaya membuat lonjakan sekiranya ia mencecah MA50 esok?
3. Dari segi volume, dapat dilihat Pembeli masih menguasi pasaran saham Kpower. Kenaikan terakahir pada 8hb Feb, dilihat disokong dengan volum yang baik.
4. Pada hari berikutnya, penurunan beberapa hari sehingga hari ini hanya mempunyai volum yang sedikit. Ini menjadi faktor sokongan bahawa harga dijangka mampu membuat kenaikan semula. (lihat pada carta volum anak panah hijau)
5. Dari segi RSI, kini sudah jatuh bawah paras 50, di mana kebiasaannya harga akan sudah bersedia untuk membuat kenaikan setelah turun agak banyak ke paras 50.
6. Dari RSI Stoch pula, ia sudah dilihat mahu memulangan persilangan, sebagai tanda permulaan untuk harga membuat balikan (reversal)

Jadi, adakah Kpower akan terus menekan pemegang saham Kpower ini esok atau akan mula membuat balikan harga ke atas?

Atau mungkin Kpower mahu menunggu minggu hadapan untuk membuat pemegang shaam Kpower rasa sedikit lagi tekanan perasaan sebagai penutup minggu ini keeskan hari?

Khairul Hafiz
bursamalaysiabursamalaysiaresearchcarrollapiezFundamental AnalysisTechnical IndicatorsKPOWERsahamsahammalaysiaSCIBTrend Analysis

כתב ויתור