MYX:PANTECH   PANTECH GROUP HOLDINGS BHD
  • MA50 berada di atas MA200 menunjukkan trend yang masih bullish.
  • Harga membuat Breakaway Gap iaitu melepasi rintangan downtrend dan juga rintangan harga mendatar 0.620 beserta dengan volume. Biasanya breakaway gap wujud bila didorong oleh fundamental yang kuat.
  • Setelah itu harga kembali menutup gap 0.600 tetapi kemudiannya melantun balik dan membentuk corak Diamond.
  • Apakah Pantech akan break ke atas atau ke bawah corak Diamond? Bersandarkan pada breakaway gap yang berlaku, keuntungan syarikat untuk tahun kewangan 2022 yang meningkat baik, serta pemberian dividen (ex-date 25 Februari 2022), ada kemungkinan besar untuk ia breakout ke atas.
  • Rintangan kuat seterusnya terletak di 0.660 iaitu harga 52 Weeks High.
כתב ויתור

המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.