Saham syarikat Charles Schwab dilihat membuat kenaikan beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika dilihat pada selang mingguan, pergerakan harga seakan membentuk corak carta cawan & pemegang Puncak jualan dikatakan telah berlaku ketika harga membuat jurang penurunan beberapa minggu dagangan yang lalu dengan volum Jika diperhatikan selang masa harian, volum dilihat bergerak seiring ketika harga membuat kenaikan menuju rintangan Walaubagaimanapun harga perlu tutup melepasi rintangan dinamik MA50 mingguan dan rintangan mendatar untuk mengesahkan corak carta Selagimana harga belum memecahkan rintangan adalah masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga memecahkan rintangan disertai volum 'breakout'
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.