Ini merupakan siri ke 7 dalam kajian terhadap kaunter ini. Admin tertarik dalam mengkaji kaunter ini adalah kerana kaunter yang dahulunya ialah dambaan para pelabur berasakan fundamental yang kuat dan cash flow yang cantik. Namun, disebabkan isu terkini harga merundum kepada harga mampu milik daripada harga yang dahulunya harga yang diklasifikasikan kepada harga kayangan bagi rakyat marhaen seperti admin untuk memiliki dalam jumlah yang besar. Jika anda ialah seorang trader yang inginkan keuntungan segera, kaunter ini bukanlah untuk anda, namun jika anda ialah seorang pelabur, ini ialah peluang keemasan yang yang perlu direbut.
Secara teknikalnya, pergerakan harga agak sukar dianggarkan memandangkan sentimen "uncertainty" masih terlalu kuat dan mempengaruhi secara keseluruhan bagi perjalanan harga kaunter ini. Secara peribadi, jika isu ini dapat diselesaikan dengan segera atau sekurang kurang terdapat sedikit bayangan positif bagi penyelesaian isu yang dihadapi. Pergerakan harga yang drastik menaik akan dapat kita lihat.
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.