Pasangan matawang US dollar dan Canada dollar (USDCAD) berjaya membuat kenaikan sebanyak 300 pips minggu lepas (26 Feb - 2 Mac 2018) dan berhenti di zon Big Round Number (BRN) 1.2900. Pergerakan minggu lepas berjaya membentuk candlestick bullish yang sangat solid dan kuat (Marubozu) serta berjaya break upper trendline dan memberi confluence yang kuat untuk analisis ini. Dengan formation bullish candle, upper trendline break, kita boleh menjangkakan harga mungkin akan meneruskan kenaikan pada minggu ini dan boleh mengambil keputusan untuk long/buy pair matawang ini. Peluang untuk long boleh diambil di kawasan support weekly 1.2781 dan 1.2630. Boleh juga cari kawasan support di timeframe Daily atau H4 untuk entry yang lebih tepat. Penggunaan multi-timeframe amat digalakkan untuk entry.

Kekuatan USD melawan CAD minggu lepas disokong oleh faktor fundamental dari ucapan President US Donald Trump. Trump pada 1 Mac 2018 mengumumkan secara rasmi akan mengenakan tariff import pada keluli dan aluminium pada kadar 25% dan 10%. Tindakan Trump ini mengakibatkan kebimbangan dan meningkatkan risiko pasaran terhadap US dollar. Tetapi lain pula yang terjadi pada pair USD/CAD seperti yang dapat kita lihat USD membuat kenaikan yang begitu ketara. Hal ini terjadi kerana Canada adalah pengeksport terbesar keluli kepada Amerika Syarikat. Secara tidak langsung, matawang Canadian Dollar melemah sekaligus menguatkan US Dollar.

Analisis Fundamental serta sentimen pasaran diperoleh dari MOSHED.com
https://moshed.com/apa-sudah-jadi-dengan-usd-negara-negara-besar-membantah-tindakan-trump/

Support saya dengan buka akaun forex dengan FXTM.
Bebas SWAP untuk semua jenis akaun dan urusan deposit/withdraw melalui local bank di Malaysia.
http://www.forextime.com/?partner_id=4916627
Chart PatternsTrend Analysis

כתב ויתור