שורט

USDJPY DI ZON SUPPLY SEBELUMNYA

Selepas sesi penurunan bermula 3 minggu lepas, USDJPY telah menjunam sebanyak 1000 pips. Dan sejak minggu lepas, USDJPY telah menunjukkan kenaikan semula ke paras golden ratio 61.8% Fibonacci Retracement. Ketika ini, USDJPY berada di Zon Supply B (Daily) iaitu zon supply ketika siri penurunan sebelum ini.

Kemungkinan harga akan turun ke Zon Demand (H1) berwarna biru, kemudian kembali menguji paras zon supply sebelum ini. Jika ini berlaku, kita akan menyaksikan chart pattern double top sebelum perjalanan harga terus ke bawah menuju Zon Demand (Daily).
Trend Analysis

כתב ויתור