• Selepas emas membuat harga tertinggi pada 7 Ogos 2020, harga menurun dan sampai sekarang masih belum mampu untuk membuat harga tertinggi yang baru. • Emas cuba untuk membuat harga tertinggi yang baru pada 8 Mac 2022 tetapi masih tidak mampu melebihi harga pada 7 Ogos 2020. • 2 tahun emas dalam keadaan sideways atau mendatar. • Persoalannya, adakah emas telah bergraduasi daripada trend sideways ini? • Berkemungkinan emas telah bergraduasi dengan 2 justifikasi: i. Pembentukan signal 'strong double bullish divergence' (yang ditunjukkan oleh 2 daripada 5 oscillator yang digunapakai). ii. Rebound di atas garisan flat. • Walaubagaimanapun, emas perlu melepasi 3 resistance @ rintangan penting untuk meyakinkan lagi analisis ini: i. Garisan downtrend. ii. MA 50 yang merupakan dinamic support yang paling sesuai dengan emas. iii. Horizontal resistance (1804 - 1813) yang diambil berdasarkan Fixed Range Volume Profile (FRVP), dimana transaksi yang banyak berlaku sejak 7 Ogos 2020 sehingga hari ni adalah pada tingkat harga 1804 - 1813. • Kiraan Elliott Wave ini valid selagimana harga tidak jatuh melebihi invalidation level (1680.20).
Nota Kaki • Strong Bullish Divergence = Keadaan dimana harga menurun (lower low) tetapi oscillator menaik (higher low). • Lower low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih rendah daripada 'paras terendah sebelumnya'. • Higher low = 'Paras terendah terbaru' yang lebih tinggi daripada 'paras terendah sebelumnya'. • Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. • Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini. • Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun. • * Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'dinamic support, horizontal resistance' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah: • Berkaitan degree (darjah) Elliott Wave yang digunakan dalam idea analisis ini:
#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR
.
PENAFIAN / DISCLAIMER ⚠️ Penulis / penganalisis bukan 'Financial Planner', 'Investment Advisor', 'Fund Manager' atau 'Remisier' dan tiada sebarang autoriti dalam menasihati aktiviti² berkaitan pelaburan. ⚠️ Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Besar kemungkinan analisis² ini adalah tidak tepat. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Jangan entry sebelum kaji. 📌 Pastikan yakin, baru jump in.
🛑 Tenang dengan PERLINDUNGAN | Untung dengan PELABURAN 🛑
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.