Di kala pasaran sedang berdarah XOM dilihat tetap membuat kenaikan sekaligus membentuk 52W tertinggi yang baharu
XOM pada selang masa mingguan memulakan kenaikan setelah RSI mingguan dilihat membentuk 'exaggerated bullish divergence' sejak beberapa bulan dagangan yang terdahulu Harga dilihat bergerak mematuhi garisan trend menaik serta memaruhi sokongan dinamik EMA20 (tidak ditunjukkan) Beberapa minggu dagangan yang terkini melihat pergerakan harga berjaya menembusi rintangan EMA200 mingguan Namun, RSI mingguan dan harian kedua-duanya dilihat sudah berada di kawasan 'overbought' menimbulkan kemungkinan harga mungkin akan membuat pembetulan dalam jangka masa terdekat Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga turun mematuhi garisan trend dengan volum yang rendah
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.