DDNK

SEMANGAT DOW JONES TERUS MEMBARA

השכלה
TVC:DJI   מדד דאו ג'ונס
Dow Jones susut dibawah paras 27,000 mata. Oleh kerana pembangunan masih kurang memberangsangkan, kami lihat penurunan kecil ini hanya sebagai pembetulan sementara buat index ini. Hal ini dilihat sebagai aktiviti pengambilan keuntungan yang normal selepas Dow Jones berjaya melanjutkan pendakian di atas paras 27,000 mata minggu lalu. Berdasarkan landskap teknikal semasa, kami percaya bahawa kecenderungan ke arah kenaikan harga di atas garisan merah "200-day MA" masih kekal.

Dalam masa terdekat, kami menjangkakan untuk index ini bangkit semula dan menguji paras tertinggi 27,450 mata dalam sesi akan datang. Hal ini disokong oleh garisan biru "50-day MA" yang berlegar teguh di atas garisan "200-day MA" yang dinyatakan di atas, memberi petunjuk ke arah prospek yang positif.
כתב ויתור

המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.