dari segi teknikal carta pembentukan dua analisis yang berbeza iaitu kaedah corak "Berlian" & Pembentukan formasi Gelombang Pembetulan kombo berganda WXY
untuk teknikal corak "Berlian" formasi nya adalah dari pembentukan dua corak Segitiga yang berganding atau bercantum secara pembalikan.. tika ini di lihat pembentukan Corak "Berlian Atas' ( Diamond Top ) dan lantunan teknikal menaik akan berlaku hanya lah sementara sehingga menuju ke arah Garisan Tren yang atas di anggarkan pada 1570 mata, di sini adalah garisan kritikal perubahan corak menaik atau pun menurun.
Bagi formasi Gelombang Pembetulan kombo berganda WXY adalah formasi yang biasa berlaku tika proses pembetulan pasaran saham, Tika ini formasi gelombang pembetulan kombo berganda ini telah berakhir dan sedang membuat pantulan menaik ke atas ..akan tetapi jika ekomomi masih kelam lagi berterusan berkemungkinan akan terjadinya formasi tamabahan gelombang pembetulan menjadi Kombo Tiga Berganda WXYXZ ( Triple Combo Correction).
ini akan berkemungkinan pasaran BURSA akan menyambung lagi gelombang pembetulan kepada Kombo Tiga Berganda lagi 5 atau 8 bulan mendatang.
Secara teknikal nya pasaran saham BURSA masih lagi dalam proses pembetulan dan juga pelan ekonomi Malaysa tika ini agak kurang memberansangkan serta tempias akibat dari polemik politik yang tidak menentu dan juga di tambah lagi situasi pendemik Covid 19 yang masih tiada tanda-tanda surut.
di nasihatkan kepada para pedagang-pedagang agar berhati-hati ketika memasuki pasaran, supaya beringat tidak terlalu gairah apabila berdagang.
Sekian Dari Saya Sahabat Pedagang
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri . Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan . Sekian Terima kasih .
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.