Fibi_Trader

FBMKLCI Analisa Teknikal 8 May 2018

FTSEMYX:FBMKLCI   מדד FTSE בורסת מלזיה KLCI
By Faiz Ikmal Ismail, MSTA CFTe

• Pasaran saham positif dengan FBMKLCI menutup lebih tinggi di 1,846.51 naik 18.31 mata (1.00%). Sentimen semasa positif dengan 677 kaunter menaik berbanding 281 kaunter menurun, dan 405 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 2.351 billion dan nilai saham sebanyak 2.80 billion.
• Walaupun indeks positif hari ini, pasaran masih lagi dalam keadaan mendatar sepertimana ditunjukkan oleh indikator DMI dan juga indeks berdagang di dalam kawasan Ichimoku cloud. Tetapi kita harapkan pembentukan "Bullish Engulfing" candlestick pada hari ini akan membawa indeks ke arah yang lebih tinggi nanti.
• Aras rintangan dikekalkan pada 1,880 (R1) dan 1,900 (R2).
• Aras sokongan mingguan pula pada aras 1,835 (S1) dan 1,825 (S2)

Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.

כתב ויתור

המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.