Fibi_Trader

FBMKLCI Analisa Teknikal 25 April 2018

FTSEMYX:FBMKLCI   מדד FTSE בורסת מלזיה KLCI
Analisa Teknikal
• FBMKLCI jatuh 13.41 mata (-0.72%) dan menutup lebih rendah di 1,851.93. Sentimen pasaran pula masih negatif dengan 219 kaunter menaik berbanding 680 kaunter menurun, dan 350 kaunter tidak berubah. Jumlah saham diperdagangkan sebanyak 1.874 billion dan nilai saham sebanyak 1.972 billion.
• Melihat daripada sudut teknikal, FBMKLCI hari in masih lagi meneruskan kejatuhan untuk empat hari berturut-turut dan jatuh lebih bawah daripada aras sokongan sebelumnya di aras 1,873. Pembentukan corak candlestick "Bearish Morubozu" juga menggambarkan keadaan market yang masih lemah atas beberapa faktor lokal dan global.
• Indikator momentum seperti Stochastic telah keluar daripada aras terlebih beli (baca:overbought) dan menunjukkan potensi jangka pendek untuk ke bawah. MACD menunjukkan Histogram yang berkurangan, menandakan momentum mungkin memihak kepada arah negatif.
• Jangkakan indeks akan terus menuju ke aras sokongan terdekat di 1,830 (S2).
• Aras rintangan masih lagi dikekalkan pada aras indeks 1,900 (R1) dan 1,930 (R2)

Nota:
Analisa hanya rekomendasi peribadi pengarang, risiko kerugian perdagangan/pelaburan anda bukan tanggungjawab kami.

כתב ויתור

המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.