yuzieyusoff2

GHLSYS.... Mencapai paras All Time High yang baharu (23/07/2020)

MYX:GHLSYS   GHL SYSTEMS BHD
GHL Systems Philippines Inc. melalui anak syarikatnya GHL Philippines Financing Services berjaya mendapat kelulusan daripada kerajaan Filipina untuk menjalankan operasi. Ini antara pemangkin harga saham syarikat ini di dalam Bursa Malaysia meningkat sehingga sekali lagi mencipta paras harga tertinggi sepanjang masa (All Time High).

Harga saham GHLSYS berjaya melepasi halangan pada paras 2.09 dan melepasi harga tertinggi pernah dicapai sebelum ini (2.10) yang menjadi paras RBS (Resistance becomes support). Hala tuju harga seterusnya jika menurut Fibo Projection adalah pada 2.22 (50%) dan 2.34 (61.8%). MACD dan RSI juga menunjukkan isyarat yang baik.

כתב ויתור

המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.