KAWAN: Memerlukan Tujahan

Saham syarikat Kawan Food Bhd dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu

Jika diperhatikan volum pada selang masa harian dilihat seakan menunjukkan kelemahan dengan jumlah yang semakin menurun
Lilin doji juga dilihat telah muncul pada selang mingguan dengan volum lilin hijau minggu berikutnya dilihat berkurang
Petunjuk RSI mingguan dilihat baharu sahaja bergerak daripada zon 'overbought' meningkatkan kebarangkalian pembetulan harga
Walaubagaimanapun selagimana harga belum memecahkan sokongan mahupun rintangan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan

Adakah harga dapat bertahan dan meneruskan kenaikan? Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Candlestick AnalysisMultiple Time Frame AnalysisVolume

כתב ויתור