faisalizwan2684

28 Jun 2020 - MINETEC Perhati Rapat-Rapat

MYX:MINETEC   MINETECH RESOURCES BHD
Kaunter ini dalam sektor produk dan perkhidmatan industri dengan sub-sektor bahan binaan.
Dari segi analisis fundamental, rating kurang memuaskan. Kaunter agak berat kerana jumlah unit saham yang melebihi 1 billion unit.

Jumlah saham: 1.108 billion
P/E Ratio: -
ROE (%): -11.50

Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA20, MA50 dan MA200. Garisan MA20 menjadi rintangan terdekat.
Setelah buat all time high, harga telah menurun ke sokongan terdekat. Perlu pastikan sokongan tidak pecah sekiranya harga ingin mendaki semula.
Indikator stochastic RSI di paras neutral.

Sokongan: 0.280
Rintangan 1: 0.310
Rintangan 2: 0.325
Rintangan 3: 0.350

Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.

#mahersaham #minetec #jun20 #FIAR
כתב ויתור

המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.