MSFT pada selang masa harian dilihat bertahan di atas sokongan dinamik EMA200
Lilin beberapa hari dagangan yang lalu dilihat membentuk corak 'hammer' berdekatan sokongan kritikal EMA200 harian menunjukkan masih terdapat minat belian yang hadir menentang penurunan harga yang berlaku beberapa hari yang lalu. Jika dilihat pada selang masa mingguan, harga juga dilihat berada dekat dengan EMA 50 mingguan (tidak ditunjukkan) dengan trend jangka masa panjang dilihat masih lagi cenderung melakukan kenaikan. RSI harian dilihat sudah berada di atas garisan purata RSI namun masih di bawah paras positif. Lilin terkini dilihat membentuk jurang kenaikan dengan laporan kewangan dilihat bertindak sebagai pemangkin. EMA20 harian dilihat bertindak sebagai rintangan terdekat bagi kaunter ini
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga dapat bertahan dan meneruskan kenaikan daripada jurang yang berlaku
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.