Saham syarikat Occidental Petroleum Corporation dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Namun, jika diperhatikan pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta baji menaik Melihat pada selang masa mingguan,petunjuk RSI juga dilihat sudah memasuki kawasan 'overbought' Volum penyertaan juga dilihat semakin berkurang tatkala harga membuat kenaikan menunjukkan berkurangnya minat belian Hal ini juga bertentangan dengan prinsip teori Dow (6 tenets of Dow theory) yang mana volum perlu mengesahkan pergerakan trend Namun tidak mustahil untuk harga terus membuat kenaikan sekiranya terdapat pemangkin yang menolak kenaikan harga Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagimana corak carta belum dipecahkan
Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.