28 Jun 2020 - TECFAST Sudah Puas Berehat?

Kaunter ini dalam sektor produk dan perkhidmatan industri.
Dari segi analisis fundamental, rating agak baik.

Jumlah saham: 228.15 juta
P/E Ratio: 23.62
ROE (%): 13.25

Dari segi analisis teknikal, harga berada di atas garisan MA50. Garisan MA20 dan MA200 menjadi rintangan terdekat.
Sejak minggu ke-3 bulan Mei 2020, harga telah bergerak mendatar. Dari bentuk candlestick, nampaknya banyak berlaku tekanan jualan.
Perlu pastikan sokongan pada harga 0.370 kekal bertahan dan pantau sekiranya ada berlaku lantunan dan percubaan untuk memecahkan rintangan.
Indikator stochastic RSI di paras neutral.

Sokongan: 0.370
Rintangan 1: 0.405
Rintangan 2: 0.440
Rintangan 3: 0.475

Ini sekadar kajian dan bukannya BUYCALL.

#mahersaham #tecfast #jun20 #FIAR

כתב ויתור

המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.