naimmp98

DANCO (Tiga Pilihan Jalan)

MYX:DANCO   DANCOMECH HOLDINGS BERHAD
Sektor:
- Industrial Products & Services, Industrial Materials, Components & Equipments.

Idea analisis:
- Selepas fasa accumulation (fasa pengumpulan), DANCO meneruskan kenaikan dan membentuk HH HL.
- Satu volume besar muncul dan DANCO breakout keesokannya (lihat #3).
- Kemudian DANCO terciduk di bawah trend line (lihat #1) dan pada ketika itu STOCH RSI juga dalam keadaan oversold (lihat #2).
- Kemudian sejarah berulang kembali. DANCO breakout dengan volume spike (lihat #4).
- Selepas breakout, transaksi banyak berlaku pada harga 70 sen. Mungkin boleh dijadikan support atau resistance pada paras harga ini.
- Tiada volume penjualan yang spike setakat ini.
- Selepas breakout, DANCO membentuk support baru terkuat pada paras harga 65 sen.
- DANCO cuba memecahkan minor trend line.
- Terdapat 3 persoalan disini:
1) Adakah DANCO akan bertukar trend kepada sideways dengan membentuk fasa re-accumulation @ distribution?
2) Adakah DANCO berehat sebentar di atas trend line kemudian kembali terbang lebih tinggi dan menyambung kenaikan HH HL?
3) Adakah DANCO akan memecahkan uptrend line seperti sebelum ini? (lihat #1 dan #2)

Idea trading plan:
- Entry berhampiran trend line atau;
- Entry berhampiran support 0.650 atau;
- Tunggu sehingga STOCH RSI mendongak ke atas untuk entry atau;
- Tunggu sehingga DANCO berjaya tutup di atas minor trend line.
- CL jika harga turun dibawah paras support 0.650 atau;
- CL jika harga tutup dibawah trend line dan STOCH RSI di atas paras oversold (atas 20.00) atau;
- CL jika harga turun di bawah minor trend line.
- TP pada harga 0.720 atau;
- TP jika STOCH RSI mula menunduk ke bawah.

Petunjuk/ Nota tambahan:
* HH HL = Higher High Higher Low. Penerangan di * #1 = Harga jatuh dibawah trend line.
* #2 = STOCH RSI oversold.
* #3 & #4 = Breakout dengan volume spike (tinggi).

כתב ויתור

המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.