OctaFX_Official

USDJPY KINI BULIS INTRAHARI DI ATAS ARAS 110.80

FX:USDJPY   דולר אמריקאי / יין יפני
Dolar AS akhirnya melepasi julat dagangan jangka pendek terbaru berbanding yen Jepun antara aras 110.25 dan 110.80, bergerak semula di atas aras rintangan 111.00 yang penting. Pasangan USDJPY didorong oleh kembalinya sentimen dagangan berisiko dan pergerakan kukuh yang meningkat dalam harga pasaran ekuiti global. Pembeli akan cuba mencari kenaikan seterusnya di atas aras 111.00, manakala penjual akan cuba menurunkan semula harga di bawah 110.80

Pasangan USDJPY bulis dengan kukuh sementara didagangkan di atas aras 110.80, rintangan yang penting ditemui pada aras 111.40 dan 112.20

Jika pasangan USDJPY bergerak di bawah aras 110.80, penjual mungkin akan menguji aras sokongan 110.45 dan 110.25

כתב ויתור

המידע והפרסומים אינם אמורים להיות, ואינם מהווים, עצות פיננסיות, השקעות, מסחר או סוגים אחרים של עצות או המלצות שסופקו או מאושרים על ידי TradingView. קרא עוד בתנאים וההגבלות.